Archive for May 19th, 2008

h1

Levi: Buruh Indonesia bantah

19 May, 2008

CADANGAN Kerajaan Negeri Selangor untuk mengenakan levi kepada majikan yang menggaji pekerja asing bukan sahaja bertentangan dengan dasar Kerajaan Persekutuan Malaysia tetapi turut dibantah oleh pertubuhan pekerja asing di Indonesia.

Lembaga Bantuan Hukum Buruh Migran dan Institute for Migrant Workers beranggapan bahawa peraturan baru itu akan membebankan tenaga kerja Indonesia yang kini membanjiri Selangor di mana majikan sudah pasti akan memotong levi itu daripada gaji atau upah pekerja

Mengikut cadangan itu, majikan akan dikenakan levi RM10 sebulan bagi setiap pekerja asing.Walaupun rancangan itu belum menjadi kenyataan, dari satu sudut peraturan baru itu baik untuk kerajaan negeri dan pada masa yang sama menambah beban pekerja asing . Namun demikian, para pekerja Indonesia mempunyai pilihan untuk bekerja di negeri-negeri yang tidak mengenakan peraturan tersebut.

Indonesia merupakan negara penyalur utama pekerja di sektor binaan, la- dang dan kilang di Malaysia. Jumlah itu tidak termasuk ribuan lagi yang masuk secara haram ke Malaysia pada setiap tahun. Lembaga yang menjadi pembela buruh imigran di Indonesia juga perlu menerima hakikat tentang peraturan yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh pakatan Parti Keadilan Rakyat Pas dan DAP.

Malah di Indonesia juga beberapa peraturan ketat dikenakan oleh pemerintah kepada warga asing yang bekerja di negara itu termasuk bayaran-bayaran tertentu kepada warga asing yang bekerja di Indonesia termasuk cukai fiskal setiap kali keluar dari negara ini.Setiap pekerja Indonesia yang berhijrah ke Malaysia dan negara lain bukan sahaja dibebani dengan pelbagai bayaran yang dikenakan oleh beberapa institusi dan ejen di negara itu sendiri. Oleh itu tidak hairanlah jika ramai yang memilih untuk memasuki Malaysia melalui saluran yang tidak sah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini berkata, walaupun tidak berkuasa untuk meng- gubal undang-undang, kerajaan negeri memiliki kuasa untuk mengenakan levi kepada majikan yang mengambil pekerja asing.

Kerajaan negeri sebelum ini bercadang mewajibkan semua majikan menyumbang RM100 setahun bagi setiap pekerja asing untuk disalurkan ke dana khas pembangunan belia negeri.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam sebelum itu menyifatkan peraturan Selangor untuk mengenakan levi kepada majikan yang menggaji pekerja asing bertentangan dengan dasar Kerajaan Pusat yang mengeluarkan permit terhadap kemasukan pekerja asing.

Dari satu segi, peraturan baru mengenakan levi sebanyak RM10 sebulan bagi setiap pekerja asing mungkin boleh mengurangkan kehadiran pekerja asing di negara ini.Di sudut lain pula, peraturan itu akan menggalakkan para majikan mengambil lebih ramai tenaga kerja tempatan untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan rakyat negara ini.